Saturday, December 17, 2011

BERIMAN DALAM BERNIAGA

Bismillahirrahmaanirrahiim.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

       Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang telah menentukan segalanya sehingga blog imaNiaga ini dapat diwujudkan. Indahnya Islam menetapkan konsep berdoa diiringi dengan usaha untuk berjaya selepas itu, ada lagi konsep tawakkal dan yakin kepada qada' dan qadar dalam usaha yang dilakukan. Disinilah pentingnya iman. Setelah memohon petunjuk dari Allah untuk melakukan sesuatu, berdoa, berusaha, bertawakkal seterusnya hasil dihujungnya mestilah kembali kepada ketentuan Allah. Berjaya dan gagal ditentukan oleh Allah dan di sana nanti tidak perlu ada kekecewaan.

     Ini adalah percubaan kami untuk berniaga, merasai pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada Allah adalah asas utama dalam apa perkara yang kita lakukan termasuklah perniagaan. Tiadanya tunjang ini kita akan berada dalam dua keadaan iaitu kegagalan atau kejayaan. Dua keadaan ini memungkinkan kita insaf kembali dan kepada Allah atau pun bertambah sesat. Bagaimana? Jika kita gagal dan kita ingat kepada Allah dan menghisab kembali kesilapan yang dilakukan, pastinya kita tambah ilmu dan perbetulkan kembali tetapi, jika kita gagal dan lupa kepada Allah kita akan anggap kegagalan berpunca daripada diri sendiri, menggunakan akal semata tanpa panduan agama untuk mengatasi kegagalan tersebut. Jika kita berjaya keadaannya sama juga dan kita perlu ingat seseorang berjaya dalam keadaan tidak beriman dan melakukan maksiat kepada Allah ia dinamakan istidraj. Ini yang perlu ditakutkan, kejayaan yang diperolehi menyesatkan lagi dan saat kesesatan itu Allah datangkan azab sebelum sempat bertaubat. Nauzubillah!

    Dua perkataan ini "Beriman Berniaga" atau "Iman Niaga" sebenarnya untuk peringatan kepada kami supaya sentiasa berhati-hati kerana harta merupakan fitnah yang boleh melalaikan kita daripada mengingati Allah. Mungkin ini salah satu jalan yang Allah buka untuk kami menjalani kehidupan yang lebih "bebas" dan lebih selamat daripada fitnah subhah. Menentukan sendiri cara hidup dan pekerjaan kami tanpa ikatan dengan orang lain tetapi hanya terikat dengan pemberi hidup dan pekerjaan kami iaitu Alllah s.w.t, membolehkan kami lebih bertegas dengan sumber rezeki yang terpias dengan perkara yang tidak pasti. Doakan kami. Wallahua'lam.

2 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Semoga ImaNiaga berkembang maju jaya. Amin!!

@LeenShamsh said...

mohon doa berpnjangan..amin! ;)