Saturday, April 11, 2015

TELEKONG RAYA

InshaAllah tempahan telekong istimewa raya, kami buka semula. Imaniaga hanya menyediakan kain-kain material tebal (bukan lycra) yang berwarna gelap seperti kod-kod berikut:

001 = hitam
002 = biru gelap
003 = ungu gelap
004 = hijau gelap
005 = coklat gelap
006 =  merun

kod 003


Hubungi kami melalui 0133575915.

Monday, June 9, 2014

CD 30 JUZUK

Sesuai untuk menemani sepanjang perjalanan dalam bermusafir. Hanya sesuai untuk radio tertentu. Radio yang tertera 'disc' adalah tidak sesuai.


RM25

MACoo

Hampir keseluruhan bahan-bahannya adalah berasaskan organik. Biskut atau cookies sihat jenama MACoo inshaAllah makanan sihat untuk seisi keluarga. Dibungkus dalam 5 paket yang setiap paket terisi 11 keping MACoo untuk memudahkan anda.

RM35/55keping

DVD 30 JUZUK AL-QURAN

Al-Quran The Movie RM89.90

Sunday, March 16, 2014

ZAHIRAH


ZAHIRAH adalah telekong kanak-kanak hasil kemaskini telekong kanak-kanak yang sebelum ini pernah dipasarkan di imaNiaga. Kami hanya mempunyai warna pink ini sehingga habis stok lain dan inshaAllah akan digantikan dengan corak dan warna berbeza satu edisi demi satu edisi. Renda pula terhad kepada stok dan pasaran. Kadangkala ianya berwarna lebih pekat. Zahirah juga didatangkan khas bersama beg menyimpan telekong.

Saiz, umur dan harga adalah seperti berikut:
XS = 1-3 tahun = RM70
S = 4-5 tahun = RM70
M = 6-7 tahun = RM75
L = 8-9 tahun = RM75
XL = 10-11 tahun = RM80

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi saya melalui email attuffahumairah@gmail.com atau SMS, Whatsup ke 0133575915 inshaAllah.


* Tempahan sebelum entry ini adalah mengikut kadar harga terdahulu.

Thursday, April 18, 2013

LABEL IMANIAGA

Alhamdulillah yang dinanti-nanti telah selamat tiba pada hari Isnin lepas tetapi sampai kepada kami pada hari Rabu. Penantian yang hampir 2 bulan lamanya. Alhamdulillah puas hati dengan rekaan ROZdesigner :P. InshaAllah selepas ini semua hasil keras tangan imaNiaga akan dipatrikan dengan label ini ;).

Jenama imaNiaga ;).

 Label saiz.

Pelekat untuk projek akan datang :D.

Terima kasih kepada pemilik mamAlya Boutique, Puan Noen, sifu menjahit saya yang telah menjawab segala pertanyaan sebelum imaNiaga tempah DISINI dengan cadangan beliau. Harga memang berpatutan dan murah berbanding di tempat lain tetapi perlu beratur menunggu giliran ;D. Terima kasih Puan Noen! Terima kasih insangpari! ;)

Saturday, December 17, 2011

BERIMAN DALAM BERNIAGA

Bismillahirrahmaanirrahiim.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

       Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang telah menentukan segalanya sehingga blog imaNiaga ini dapat diwujudkan. Indahnya Islam menetapkan konsep berdoa diiringi dengan usaha untuk berjaya selepas itu, ada lagi konsep tawakkal dan yakin kepada qada' dan qadar dalam usaha yang dilakukan. Disinilah pentingnya iman. Setelah memohon petunjuk dari Allah untuk melakukan sesuatu, berdoa, berusaha, bertawakkal seterusnya hasil dihujungnya mestilah kembali kepada ketentuan Allah. Berjaya dan gagal ditentukan oleh Allah dan di sana nanti tidak perlu ada kekecewaan.

     Ini adalah percubaan kami untuk berniaga, merasai pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada Allah adalah asas utama dalam apa perkara yang kita lakukan termasuklah perniagaan. Tiadanya tunjang ini kita akan berada dalam dua keadaan iaitu kegagalan atau kejayaan. Dua keadaan ini memungkinkan kita insaf kembali dan kepada Allah atau pun bertambah sesat. Bagaimana? Jika kita gagal dan kita ingat kepada Allah dan menghisab kembali kesilapan yang dilakukan, pastinya kita tambah ilmu dan perbetulkan kembali tetapi, jika kita gagal dan lupa kepada Allah kita akan anggap kegagalan berpunca daripada diri sendiri, menggunakan akal semata tanpa panduan agama untuk mengatasi kegagalan tersebut. Jika kita berjaya keadaannya sama juga dan kita perlu ingat seseorang berjaya dalam keadaan tidak beriman dan melakukan maksiat kepada Allah ia dinamakan istidraj. Ini yang perlu ditakutkan, kejayaan yang diperolehi menyesatkan lagi dan saat kesesatan itu Allah datangkan azab sebelum sempat bertaubat. Nauzubillah!

    Dua perkataan ini "Beriman Berniaga" atau "Iman Niaga" sebenarnya untuk peringatan kepada kami supaya sentiasa berhati-hati kerana harta merupakan fitnah yang boleh melalaikan kita daripada mengingati Allah. Mungkin ini salah satu jalan yang Allah buka untuk kami menjalani kehidupan yang lebih "bebas" dan lebih selamat daripada fitnah subhah. Menentukan sendiri cara hidup dan pekerjaan kami tanpa ikatan dengan orang lain tetapi hanya terikat dengan pemberi hidup dan pekerjaan kami iaitu Alllah s.w.t, membolehkan kami lebih bertegas dengan sumber rezeki yang terpias dengan perkara yang tidak pasti. Doakan kami. Wallahua'lam.